Thursday, May 1, 2014

Sessi Pembersihan Rumah

Assalamualaikum & selamat malam suma. 

Dah 4 tahun rupenya bersawang2 blogku ini. Yelah lama sangat tak bukak. Tak tau apa nak post pun sbb otak dah berkarat nak mengarangkan. Macam2 perkara yang berlaku sepanjang tahun 2010 hingga awal tahun 2014. Tak tertaip rasanya segala suka duka sepanjang tahun2 tersebut. 

Skang ni tengah keje malam. Hobi terbaru skang pun dok baca blog2 bloggers popular. Seronok betul tengok mereka2 yang sibuk dengan karier memasing, tugas harian di rumah dengan keluarga tapi still ada masa untuk update blog. Tahniah untuk mereka2 yea. Tu yang tetiba teruja nak update blog sendiri, heheheeee.

Paling utama skali skang ni nak ucapkan rasa syukur yang amat2 sangat ke hadrat Ilahi kerana doaku telah dimakbulkan untuk mendapat zuriat no. 2. Dalam 10 tahun selepas bujangku sorg lahir tahun 2004, macam2 usaha telah aku & mr. hubby buat. Semoga baby yang bakal lahir pada 07.08.2014 (EDD Dr. bagi & it's my birthday), sempurna, sihat walafiat, cerdik, pandai, beramal, berilmu, bertaqwa, taat kepada perintah Allah, dengar kata mama & ayah dan sebaik2 manusia yang boleh menjadikanmu anak yang soleh @ solehah. Aaamiiiinnn. 

Terima kasih kepada mr. hubby, bujangku sorg, keluarga2ku, sedaramara2ku & kawan2ku kerana mendoakan untuk kami sekeluarga. Yelah kira kalau ada yang tanya tak nak tambah baby ke. Kalau ikutkan plan kami, nak 4 orang anak (2 lelaki, 2 perempuan). Sape tak nak kan cuma belum ada rezki je. Tu kira korang mendoakan untuk aku & keluarga kecikku sebab asyik bertanya je kan. Yang paling excited skang yelah bujangku sorg kan sebab nak dapat adik. Tiap2 hari sebelum pegi sekolah mesti babai baby & cium perutku. Alhamdulillah anak mama. Semoga menjadi anak yang soleh untuk membimbing adik nanti yea.

Kalau ikutkan bujangku sorg ni macam takut kurang kasih sayang sebab sejak tau mamanya pregnant, dia nak tido dengan kiteorang. Pernah ajak tido skali atas katil sebab rasa sedih dan kesian pun ada. Perrgghhh mamanya tak selesa langsung nak tido. Ayahnya pun bising sebab sempit kan. Yelah katil queen jek so memang tak muat ler sbb dia dah besar panjang. Dapat tido bawah sebelah mamanya pun jadilah. Sebelum2 ni ok je tido kat bilik sendiri. Kalau mama keje malam je baru dia tido kat bilik sendiri. Jangan bimbang sayang mama. Abang akan tetap jadi baby tua mama bila baby baru kuar nanti tau.

Tu jelah kot buat masa ni. Kata sessi pembersihan rumah di alam maya kan. Bersih ler skit untuk permulaan tahun 2014. Alhamdulillah syukur kepadamu Ya Allah. Aaamin Aaamin Ya Rabbal 'Aaalamin.

Thursday, May 13, 2010

Selamat Hari Ibu

Masih blm trlmbt lagi nk ucapkan Selamat Hari Ibu kepada mereka2 yg bergelar IBU, MAMA, MUMMY, UMMI, MAK dll & bakal2 mendpt gelaran itu satu hari nnti...